Monday, January 3, 2011

Benihkan Simpankan!

Aku terduduk
Merenung setiap cebis-cebis
Harapan yang kau benihkan,
Harapan yang aku simpankan.

Ceritalah,,,
Ini semua apa?

Ceritalah,,,
Ini semua bagaimana?

Aku singkap tirai itu,
Lalu pipi yang dulu kau elus lembut ini
Aku kesat.

Kalau ini yang kau cerita dulu
setianya
Kalau ini yang kau cerita dulu
indahnya

Nafikan lah segala,

Kerana 
Yang ada pada aku kini cuma
Harapan yang kau benihkan
dan 
Harapan yang aku simpankan..

No comments:

Post a Comment