Thursday, April 4, 2013

Hero kelate saya :)

Alahai si buta nieeee! >,<





Si buta (izzue islam) ini membuat saya tertarik dengannya sejak menonton cerita 29 Februari merupakan sebuah filem muzikal cinta dan "biografi fantasi" keluaran KRU Studios yang diuar-uarkan sebagai filem stereoskopik 3D buatan Malaysia yang pertama. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain. Yang makan usia hanya empat tahun sekali itu adalah Remy Ishak si buta ini teman baiknya..

Tengok si buta senyum hati dah tertawan >,< sungguh tak ku sangka diriku ketinggalan amat jauh dari perkembangan dunia artis di Malaysia ini adalah kerana busy dengan SPM 2012 dan perasaan tidak ingin tahu kerana menetap di singapura -.- Habis je wayang cerita nie baru diri tertanya "siapa si buta tuh? tak pernah nampk berlakon pun mungkin artis baru ke?" sebulan sebelum SPM bermula, baru lah tahu si buta itu rupanya artis FOURTEEN bawah naugan KRU Studios...


Walaupun si buta ini tidak buta :) anda tetap saya minati sebagai artis MALAYSIA yang berjaya...

                                                Semoga sukses selalu izzue islam... ^_^

Tanda-tanda kematian

Reseach aku mengenai kematian..



Manusia cerdik adalah manusia yang mengingati mati...
Entah kenapa diriku selalu memikirkan tentang kematian ini since kehilangan orang yang tersayang sejak 2012 lah yg paling ketara. Al-Fatihah buat arwah Tok saya NORMAH BINTI AWANG, wan saya ISMAIL, sahabat saya SYED ISMAIL B SYED YUSOF, teman yang sangat dikasihi MOHD HANAFI B KALIL.

Kematian itu rahsia allah s.w.t sejak kita di lahirkan lagi sudah tercatit siapa kita dan bila tarikh kematian kita mungkin sebab itulah orang selalu cakap mungkin ini takdir.
Sepanjang buat reseach ini macam-macam yang telah diriku perolehi antaranya tanda-tanda kematian.

In the Name of ALLAH, the Most Gracious, the Most Merciful...




Tanda 100 hari sebelum hari mati 

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari 

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.


Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.


Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.




Terima kasih google atas kerjasama anda terima kasih juga pada yang menyebarkan ilmu ini secara percuma :)



Hanya tinggal kenangan :')

Mohd Hanafi B Kalil
27.7.2012
Kembali ke sisi Allah S.W.T
MR.N <3


Cita-cita yang hampir berjaya :)




Bersama Kapal Bunga Alpina MICS



Anak jati Malaysia



Taniah cita-cita awak tercapai :)


Ending of your story life.



 
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
 Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
 Ar-rahmâni r-rahîm
Mâliki yawmi d-dîn
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
  Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
 Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn